Tan Sri Abu Kassim Nafi Dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara

Mengenai desas-desus Tan Sri Abu Kassim Mohamed bakal menggantikan Tan Sri Dr Ali Hamsa sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) itu menafikan khabar angin berkenaan. Beliau berkata, fokusnya kini lebih terarah membangunkan GIACC dan tidak berminat untuk menjawat jawatan lain.

Bagi beliau kedudukannya sebagai ketua Pengarah GIACC sangat penting dalam menjayakan agenda memerangi rasuah dan melahirkan persekitaran tadbir urus baik dan berintegriti.