Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) yang akan diketuai Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pengarah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pusat itu akan melaporkan terus kepada beliau bagi membolehkan usaha menyelamatkan negara daripada rasuah dapat dilaksanakan dengan segera.