Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) secara prinsip bersetuju mewujudkan Kod Tugas dan Fungsi Setiausaha Politik (SUPOL) seperti disyorkan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) bagi meningkatkan integriti mereka.

Kod tugas itu sesuai dengan objektif pelantikan mereka dalam membantu menguruskan hal ehwal berkaitan urusan politik sahaja.