Jawatankuasa Kabinet Mengenai Anti Rasuah setuju menggubal satu akta baharu mengenai pembiayaan politik.

Sebuah pasukan khas yang diketuai Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional, GIACC, dibentuk untuk mengemuka draf Akta Pembiayaan Politik itu.

Menurut Tun M, draf akta itu perlu dibentang pada kabinet untuk diputuskan kelak.