10 Jul 2018
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melaksanakan tugas hariannya pada ulang tahun ke-93 beliau hari ini, antaranya menyertai kira-kira 160 anggota pentadbiran kerajaan, termasuk jemaah menteri, mengikuti taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini.