Kerajaan telah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) pada 1 Jun 2018 susulan langkah kerajaan yang sangat serius dalam usaha membanteras rasuah. GIACC yang diletakkkan di bawah Jabatan Perdana Menteri melapor terus kepada YAB Perdana Menteri bagi membolehkan usaha menyelamatkan negara daripada rasuah dapat dilaksanakan dengan segera.