MENGENAI JKKMAR
Pelaksanaan gerakan pemantapan governans, integriti dan anti-rasuah sistem pengurusan pentadiran Kerajaan di peringkat Kebangsaan melibatkan penubuhan satu jawatankuasa khas kabinet iaitu Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR).
Peranan dan tanggungjawab JKKMAR
- Menentukan dasar berhubung dengan pemantapan governans, integriti dan anti-rasuah dalam sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan;
- Merancang, memantau dan menilai kecekapan pelaksanaan dan keberkesanan dasar, peraturan dan sistem penyampaian perkhidmatan yang mempunyai impak kepada pemantapan governans, integriti dan anti-rasuah sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan;
- Menimbang dan meluluskan pelaksanaan inisiatif mengenai governans, integriti dan anti-rasuah dalam pentadbiran Kerajaan; dan
- Menimbang cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli JKKMAR dan JAR Peringkat Kebangsaan bagi memantapkan governans, integriti dan anti-rasuah sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan.