Putrajaya, 19 September 2022 – YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah Siri 16 Tahun 2022 di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 3, Pejabat Perdana Menteri.

Sebanyak enam kertas mesyuarat yang merangkumi empat kertas pertimbangan, satu kertas makluman, dan satu kertas laporan telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Mesyuarat dihadiri oleh ahli-ahli JKKMAR dari kalangan Jemaah Menteri Kabinet, Tan Sri Datuk Seri Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ketua-Ketua Setiausaha dan Ketua-Ketua Jabatan yang mempunyai keahlian dalam JKKMAR.