Satu sesi kunjungan hormat dari pihak World Justice Project (WJP) telah berlangsung di pejabat GIACC, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Dalam sesi tersebut pihak WJP diwakili oleh Pengarah Serantau, Dr. Srirak Plipat. Manakala pihak GIACC pula diwakili oleh Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah II, bersama-sama pegawai-pegawai kanan yang lain.

Tujuan kunjungan oleh pihak WJP ini antara lain adalah untuk mengenal secara lebih mendalam mengenai fungsi dan peranan yang dimainkan oleh GIACC serta senario pengurusan secara dasar berkaitan isu-isu pengadilan dan pematuhan perundangan di Malaysia yang berkait rapat dengan tadbir urus dan antirasuah.

Selain itu, ia juga sebagai suatu platform perkongsian maklumat yang boleh membantu Kerajaan dalam meneliti isu-isu tersebut.