Sesi kunjungan pegawai-pegawai dari Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Strategik), YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Aban ke Pejabat Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor.

Tujuan sesi yang diadakan ini adalah bagi membincangkan hala tuju kerjasama penyelidikan di antara kedua-dua pihak dalam memantapkan tadbir urus berkaitan perhutanan di peringkat nasional.