Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) telah dijemput untuk menyampaikan ucapan pembukaan bersempena 5th Chief Procurement Officers Summit 2022 yang bertempat di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur.

Puan Norul Ashikin binti Amat Yakub, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar dan Strategik, GIACC di dalam ucapannya telah menyatakan bahawa panduan bagi urusan pencegahan rasuah dalam urusniaga komersil boleh dirujuk secara langsung menerusi dokumen Garis Panduan Tatacara Mencukupi. Garis panduan ini dibangunkan selaras dengan Subseksyen (5) Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Buku ini telah diterbitkan melalui penghasilan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

Persidangan ini telah dijalankan selama dua hari, 16 dan 17 Ogos 2022 dan dihadiri oleh Pengarah Perolehan daripada pelbagai syarikat di Malaysia. Ia bertujuan untuk berkongsi pandangan tentang perkembangan terkini dalam cabaran digital, strategi yang baik untuk memenuhi kriteria dunia perniagaan dalam norma baharu.