Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Dasar dan Strategik) GIACC, Datuk Abd Aziz bin Aban, telah menghadiri Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Negeri Melaka yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali.

Majlis tersebut bertujuan untuk melancarkan Pelan Antirasuah Melaka (MACP) 2022-2026 yang selaras dengan kehendak kerajaan yang telah dinyatakan dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023. Majlis tersebut telah diadakan di Auditorium Seri Negeri, Melaka pada 28 Julai 2022 (Khamis).