7 Julai 2022 – Pihak GIACC yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah GIACC, Datuk Abdul Aziz Aban telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor berhubung kerjasama projek penyelidikan governans, integriti dan antirasuah.

Kerjasama penyelidikan ini telah dijalankan sejak tahun 2020 sehingga kini. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak amat positif dalam perancangan untuk melaksanakan persidangan penyelidikan kali kedua pada tahun hadapan di mana pihak UiTM menawarkan diri untuk berkolaborasi dalam persidangan tersebut.

Hadir sama dalam pertemuan ini termasuklah Dekan Fakulti Undang-Undang UiTM, Dr Hartini Saripan dan Pengarah Bahagian Penyelidikan Antirasuah (BPAR) GIACC, Pn Rasidah Abdul Karim.