Mesyuarat Koordinasi bersama Agensi-agensi di bawah GIACC Siri 3 Bil. 1/2022 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Ketua pengarah GIACC telah diadakan di Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) pada 20 Jun 2022.

Ahli mesyuarat yang terdiri daripada pengurusan tertinggi agensi turut dibawa untuk mengikuti taklimat oleh YBhg. Dato’ Seri Ketua Pengarah NFCC berkaitan kemudahan-kemudahan serta prasarana utama yang membantu fungsi warga kerja NFCC melaksanakan tugasan harian.