Sebagai susulan daripada hasil Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan yang telah dijayakan GIACC pada Mac yang lalu, beberapa siri mesyuarat pasca persidangan bertujuan mermastikan impak kajian yang telah dibentangkan dimanfaatkan berdasarkan lapan sektor yang difokuskan iaitu, Industri Kreatif, Telekomunikasi, Pentadbiran Etnik Orang Asli, Penjagaan Kesihatan, Transaksi Hartanah, Institusi Pentadbiran Islam, Perhutanan dan Pertahanan.