FUNGSI & PERANAN
Menasihati Kerajaan dalam aspek governans, integriti dan anti-rasuah kepada pelbagai agensi pelaksana di sektor kerajaan dan diperingkat antarabangsa.
Merancang strategi dan pelan tindakan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di peringkat nasional contohnya Pelan Anti Rasuah Kebangsaan (NACP).
Menyelaras pelaksanaan inisiatif governans, integriti dan anti- rasuah oleh agensi pelaksana.
Memantau prestasi semasa pelaksanaan inisiatif oleh agensi-agensi pelaksana bagi memastikan pencapaian matlamat yang diharapkan.
Menilai tahap keberkesanan tindakan oleh agensi pelaksana terhadap semua iniasiatif berkaitan governans, integriti dan anti rasuah.
Melapor dapatan tindakan berkaitan aspek governans, integriti dan anti-rasuah untuk dibentangkan kepada rakyat melalui pelbagai medium.